Pembalutan adalah bagi mengurangkan pergerakan tulang patah, memberi kekuatan kepada anggota bermasalah, melindungi luka kecederaan

Pembalutan biasa adalah seperti  stump bandaging, spiral bandaging, figure of 8 dan arm sling.

Stump bandaging adalah pembalutan elastik figure of 8 untuk menutupi stump. Tujuan adalah untuk memberi bentuk kon kepada stump, menyediakan stump untuk pemasangan prostesis dan mengurangkan kebengkakan di stump.

Amputasi dibahagikan kepada below knee amputation dan above knee amputation.

Pembalutan stump:
Ampu stump bagi melancar prosedur
Kenalpasti saiz bandage (tangan 5-7.5 sm, kaki above knee 10 sm, below knee 15 sm)
Mulakan balut secara lurus dekat lutut
Balut dari dekat ke jauh
Seterusnya serongkan bandage untuk menjadikan bentuk kipas tangan  menyelilingi stump menggunakan pergerakan nombor 8
Akhiri di atas paras lutut dengan dua pusingan bulatan
Pin / lekat di bahagian luar

Spiral bandage
Tujuan pembalutan spiral:
Hentikan gerakan sendi / anggota jauh
Sebahagian dari pressure dressing
Menggantikan fungsi anggota
Peralatan termasuk saiz bandage untuk orang dewasa iaitu tangan 5 – 7.5 sm, kaki 10 – 15 sm, jari 2.5 sm, badan 10 – 15 sm, kepala 5 sm
Ampu sendi dengan tangan anda non dominan untuk menstabilkan anggota
Pastikan bahagian gulungan menghala ke atas dengan tangan dominan untuk melancarkan prosedur
Mula dengan dua pusingan dari dalam keluar
Selisihkan pembalutan sebanyak ½ - 2/3 bahagian pembalut
Teruskan sehingga menutupi anggota bermasalah
Akhiri dengan dua pusingan sirkular dengan pinkan / plasterkan di luar

Figure of eight pada pergelangan anggota
Kenalpasti saiz bandage ( siku 5-7.5 sm, lutut 10-15 sm, pergelangan kaki 10-15 sm )
Letakkan tapak kaki pada kerusi kecil
Stabilkan bandage dan anggota
Mula dengan dua pusingan
Balut secara menurun dan menaik dengan arah serong dan dalam bentuk angka 8
Selisihkan bandage sebanyak ½ atau 2/3 bahagian pembalut
Teruskan sehingga menutupi bahagian masalah
Akhiri dengan dua pusingan dan sematkan

Arm sling
Bucu / corner atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera
Kemudian ikatan buku sila / reef knot di ikat pada atas bahu
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas