Osteo – tulang
+porosis
+myelitis
+arthritis
+malacia / rickets

Osteoporosis adalah penipisan tulang dan kehilangan kepadatan tulang secara beransur ansur

Osteomalacia / rickets adalah keadaan tulang menjadi lembut akibat kurang vitamin D, phosphorus dan calcium

Osteoarthritis / osteoarthrosis / degenerative arthritis / degenerative joint disease adalah pemusnahan sendi khususnya rawan articular dan tulang subchondral oleh proses penuaan

Osteomyelitis adalah jangkitan tulang atau sum sum tulang. Myelo bermaksud sum sum tulang.

Osteoporosis
Potensi fraktur berkaitan dengan osteoporosis
>Elak jatuh contoh memakai kasut bersesuaian
>Bersenam contoh berjalan 10,000 langkah untuk menguatkan tulang
>Dapatkan makanan bercalcium contoh susu lembu, ikan bilis
>Dapatkan Vitamin D contoh dari sinaran matahari
>Henti alkohol kerana ini akan mengurangkan kepadatan tulang
>Henti merokok sebab ini menganggu resapan calcium

Osteomalacia
Gangguan imej; kebengkokan badan dan anggota badan berkaitan dengan kurang vitamin D, calcium dan phosphorus
>Pakai baju longgar untuk kelihatan lebih baik
>Gunakan kerusi roda agar kebengkokan badan kelihatan kurang ketara
>Adakan terapi peralihan contoh membaca buku untuk mengalihkan perhatian dari masalah
>Perkenalkan kepada yang bermasalah sama untuk sokongan emosi
>Luangkan masa untuk mendengar luahan hati pesakit bagi menguatkan semangat beliau secara tidak langsung

Osteoarthritis
Kesakitan berkaitan dengan kekakuan sendi jejari tangan
>Berikan ubat Ibuprofen seperti diarahkan doktor untuk mengurangkan kesakitan
>Beri ubat Corticorsteroid untuk mengurangkan inflamasi
>Rehatkan jejari bagi kurangkan rasa sakit
>Aplikasi demahan panas untuk mengurangkan kesakitan
>Lakukan senaman pasif untuk mengurangkan kekakuan sendi jejari seperti berenang
>Rujuk jurufisioterapi untuk mendapatkan terapi sesuai

Osteomyelitis
Demam berkaitan dengan jangkitan tulang
>Rehatkan pesakit untuk mengurangkan kadar metabolisme beliau
>Berikan tablet Paracetamol atas arahan doktor bagi mengurangkan suhu badan tinggi
>Berikan suntikan Cloxacillin atas arahan doktor bagi membunuh kuman
>Beritahu pesakit tentang proses penyakit agar beliau bekerjasama dalam rawatan dan perawatan
>Adakan persekitaran selesa untuk menurunkan suhu badan pesakit