Torticollis -Tortus bermaksud terputar dan collus bermaksud leher. Torticollis adalah leher yang terputar. Dalam bahasa lain, torticollis adalah kaku leher.  Penyebab torticollis adalah berikut. Kemungkinan kecederaan kepada otot leher semasa proses kelahiran, masalah mata menyebabkan masalah arah pandangan, masalah tulang, masalah otot pada tulang belakang, jangkitan sistem saraf, kesan sampingan ubat antipsikotik, tumor leher, masalah emosi, hipertiroidism iaitu kelenjar tiroid membesar.