ANKYLOSING SPONDYLITIS / rheumatoid spondylitis / Marie-Strummpell disease ialah inflamasi pada vertebral column dan menyebabkan spine menjadi kaku, bercantum dan cacat. ETIOLOGI penyakit ini adalah genetik - kehadiran HLA-B27 antigen. Kadang kadang idiopatik. MANIFESTASI KLINIKAL adalah berikut. Kesakitan bahagian belakang yang intermiten atau berterusan. Kesakitan pada waktu malam. Kesakitan menular ke punggung, peha atau anggota bawah. Kekakuan pada waktu pagi. Anoreksia, hilang berat badan dan keselesuan. Demam. Uveitis-inflamasi uvea.PENYIASATAN diagnostic adalah ini. Kehadiran antigen HLA-B27. X ray menunjukkan inflamasi, kekakuan, cantuman dan kecacatan tulang belakang. PENGENDALIAN KEJURURAWATAN adalah begini. Senaman tulang belakang untuk mengekalkan posture dan pergerakan sendi vertebra. Minum cecair lebih dari 3000 ml sehari untuk mengalakkan perfusi sendi vertebra.Suamkan tulang belakang bagi mengalakkan peredaran darah. Rujuk fisioterapi untuk meneruskan senaman bagi mengelak kecacatan. Beri ubat ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor iaitu Indomethiacin, Sulfasolazine atau Prednisolone.