Torticollis -Tortus bermaksud terputar dan collus bermaksud leher. Torticollis adalah leher yang terputar. Dalam bahasa lain, torticollis adalah kaku leher.  Penyebab torticollis adalah berikut. Kemungkinan kecederaan kepada otot leher semasa proses kelahiran, masalah mata menyebabkan masalah arah pandangan, masalah tulang, masalah otot pada tulang belakang, jangkitan sistem saraf, kesan sampingan ubat antipsikotik, tumor leher, masalah emosi, hipertiroidism iaitu kelenjar tiroid membesar.
Osteo – tulang
+porosis
+myelitis
+arthritis
+malacia / rickets

Osteoporosis adalah penipisan tulang dan kehilangan kepadatan tulang secara beransur ansur

Osteomalacia / rickets adalah keadaan tulang menjadi lembut akibat kurang vitamin D, phosphorus dan calcium

Osteoarthritis / osteoarthrosis / degenerative arthritis / degenerative joint disease adalah pemusnahan sendi khususnya rawan articular dan tulang subchondral oleh proses penuaan

Osteomyelitis adalah jangkitan tulang atau sum sum tulang. Myelo bermaksud sum sum tulang.

Osteoporosis
Potensi fraktur berkaitan dengan osteoporosis
>Elak jatuh contoh memakai kasut bersesuaian
>Bersenam contoh berjalan 10,000 langkah untuk menguatkan tulang
>Dapatkan makanan bercalcium contoh susu lembu, ikan bilis
>Dapatkan Vitamin D contoh dari sinaran matahari
>Henti alkohol kerana ini akan mengurangkan kepadatan tulang
>Henti merokok sebab ini menganggu resapan calcium

Osteomalacia
Gangguan imej; kebengkokan badan dan anggota badan berkaitan dengan kurang vitamin D, calcium dan phosphorus
>Pakai baju longgar untuk kelihatan lebih baik
>Gunakan kerusi roda agar kebengkokan badan kelihatan kurang ketara
>Adakan terapi peralihan contoh membaca buku untuk mengalihkan perhatian dari masalah
>Perkenalkan kepada yang bermasalah sama untuk sokongan emosi
>Luangkan masa untuk mendengar luahan hati pesakit bagi menguatkan semangat beliau secara tidak langsung

Osteoarthritis
Kesakitan berkaitan dengan kekakuan sendi jejari tangan
>Berikan ubat Ibuprofen seperti diarahkan doktor untuk mengurangkan kesakitan
>Beri ubat Corticorsteroid untuk mengurangkan inflamasi
>Rehatkan jejari bagi kurangkan rasa sakit
>Aplikasi demahan panas untuk mengurangkan kesakitan
>Lakukan senaman pasif untuk mengurangkan kekakuan sendi jejari seperti berenang
>Rujuk jurufisioterapi untuk mendapatkan terapi sesuai

Osteomyelitis
Demam berkaitan dengan jangkitan tulang
>Rehatkan pesakit untuk mengurangkan kadar metabolisme beliau
>Berikan tablet Paracetamol atas arahan doktor bagi mengurangkan suhu badan tinggi
>Berikan suntikan Cloxacillin atas arahan doktor bagi membunuh kuman
>Beritahu pesakit tentang proses penyakit agar beliau bekerjasama dalam rawatan dan perawatan
>Adakan persekitaran selesa untuk menurunkan suhu badan pesakit
Gout
Penyakit gout adalah penyakit sendi yang berpunca daripada mendapan kristal asid urik di dalam cecair synovial sendi ekoran daripada kandungan asid urik tinggi dalam darah / > 420 mmol per liter atau 7 mg per 100 ml.

Kejadian
>lelaki 90 %
>sejarah keluarga 20 %
>gemuk
>tekanan darah tinggi
>alkohol
>gaya hidup bandaraya

Penyebab
>Asid urik berlebihan
F1 diwarisi penghasilan berlebihan asid urik  dari diet mengandungi purin, alkohol
F2 penghuraian sel darah yang  membebaskan asid urik

>gangguan pengkumuhan asid urik
F1 penyakit buah pinggang gagal  mengkumuhkan asid urik
F2 diuretik berpanjangan menyebabkan buah ginjal hilang fungsi semulajadi
F3 kebuluran, hipertensi mengurangkan   nutrien dan darah ke buah ginjal

Ciri ciri penyakit
Akut selama beberapa hari dan setiap bulan
> kesakitan
> kemerahan
> kebengkakan biasa ibu jari kaki
> loya, senak
> polyuria
> deman

Kronik
> tophi kelihatan iaitu nodul keras
> sendi cacat dan kaku akibat hakisan sendi
> batu karang ginjal akibat asid urik tinggi

Ubat ubatan
> Colchicine bertindak seperti anti inflammatory
>Ubat penyekat xanthine oksidase iaitu allopurinol mengurangkan asid uric
>NSAIDs / non steroid anti inflammatory drugs untuk mengkurangkan kebengkakan dan kesakitan seperti Diclofenac, Indomethacin, Ketoprofen
>Corticosteroids digunakan jika NSAIDs adalah kontraindikasi
>Ubat uricosuric iaitu Probenecid dan Sulphinpyrazone untuk menghalang resapan semula dalam buah ginjal
>Elak aspirin yang mengurangkan penyingkiran asid urik dari buah pinggang

Pendidikan pesakit
>kurangkan makanan purin iaitu organ haiwan, daging itik, telur ikan, sardin
>kurangkan kopi, teh, bir
>kurangkan lemah
>minum air 8 gelas sehari
>elak jenis diet yang mengurangkan berat badan
Sprain / strain; terseliuh dan tergeliat
Terseliuh adalah injuri kepada sendi akibat regangan yang terlalu kuat pada ligamen
Tergeliat adalah kekoyakan fiber otot atau fiber tendon akibat regangan berlebihan.

Klasifikasi terseliuh
Darjah pertama
1 atau 2 fiber ligamen yang terkoyak
Sendi sihat

Darjah kedua
Lebih fiber ligamen terkoyak
Sendi stabil

Darjah ketiga
Kekoyakan teruk kepada ligamen
Sendi cedera

Etiologi tergeliat
Tergeliat akut
Tamparan secara langsung
Kontraksi otot berlebihan
Regangan otot berlebihan
Trauma seperti tergelincir

Tergeliat kronik
Tidak mematuhi mekanik badan
Teknik bersukan yang salah
Senaman yang sama
Salah postur
Menggunakan alat sukan yang salah

Pengurusan tergeliat
Rehat
Demahan sejuk / panas

Terseliuh / tergeliat
Manifestasi
Kesakitan
Kebengkakan dan hematoma
Pergerakan terhad

Pengurusan terseliuh / tergeliat
Rehatkan bahagian cedera; armsling untuk tangan, crutches untuk kaki, splint, POP / rest, compression bandage
Aplikasi demahan sejuk 20 minit / ice
Ampukan / elevate
Analgesia
Jumpa doktor / fisioterapist
Rawatan susulan
Penyembuhan dalam masa 3 hingga 6 minggu
Untuk sprain darjah tiga, pembedahan untuk menjahit ligamen, POP, imobilisasi
Pembalutan adalah bagi mengurangkan pergerakan tulang patah, memberi kekuatan kepada anggota bermasalah, melindungi luka kecederaan

Pembalutan biasa adalah seperti  stump bandaging, spiral bandaging, figure of 8 dan arm sling.

Stump bandaging adalah pembalutan elastik figure of 8 untuk menutupi stump. Tujuan adalah untuk memberi bentuk kon kepada stump, menyediakan stump untuk pemasangan prostesis dan mengurangkan kebengkakan di stump.

Amputasi dibahagikan kepada below knee amputation dan above knee amputation.

Pembalutan stump:
Ampu stump bagi melancar prosedur
Kenalpasti saiz bandage (tangan 5-7.5 sm, kaki above knee 10 sm, below knee 15 sm)
Mulakan balut secara lurus dekat lutut
Balut dari dekat ke jauh
Seterusnya serongkan bandage untuk menjadikan bentuk kipas tangan  menyelilingi stump menggunakan pergerakan nombor 8
Akhiri di atas paras lutut dengan dua pusingan bulatan
Pin / lekat di bahagian luar

Spiral bandage
Tujuan pembalutan spiral:
Hentikan gerakan sendi / anggota jauh
Sebahagian dari pressure dressing
Menggantikan fungsi anggota
Peralatan termasuk saiz bandage untuk orang dewasa iaitu tangan 5 – 7.5 sm, kaki 10 – 15 sm, jari 2.5 sm, badan 10 – 15 sm, kepala 5 sm
Ampu sendi dengan tangan anda non dominan untuk menstabilkan anggota
Pastikan bahagian gulungan menghala ke atas dengan tangan dominan untuk melancarkan prosedur
Mula dengan dua pusingan dari dalam keluar
Selisihkan pembalutan sebanyak ½ - 2/3 bahagian pembalut
Teruskan sehingga menutupi anggota bermasalah
Akhiri dengan dua pusingan sirkular dengan pinkan / plasterkan di luar

Figure of eight pada pergelangan anggota
Kenalpasti saiz bandage ( siku 5-7.5 sm, lutut 10-15 sm, pergelangan kaki 10-15 sm )
Letakkan tapak kaki pada kerusi kecil
Stabilkan bandage dan anggota
Mula dengan dua pusingan
Balut secara menurun dan menaik dengan arah serong dan dalam bentuk angka 8
Selisihkan bandage sebanyak ½ atau 2/3 bahagian pembalut
Teruskan sehingga menutupi bahagian masalah
Akhiri dengan dua pusingan dan sematkan

Arm sling
Bucu / corner atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera
Kemudian ikatan buku sila / reef knot di ikat pada atas bahu
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas