ANKYLOSING SPONDYLITIS / rheumatoid spondylitis / Marie-Strummpell disease ialah inflamasi pada vertebral column dan menyebabkan spine menjadi kaku, bercantum dan cacat. ETIOLOGI penyakit ini adalah genetik - kehadiran HLA-B27 antigen. Kadang kadang idiopatik. MANIFESTASI KLINIKAL adalah berikut. Kesakitan bahagian belakang yang intermiten atau berterusan. Kesakitan pada waktu malam. Kesakitan menular ke punggung, peha atau anggota bawah. Kekakuan pada waktu pagi. Anoreksia, hilang berat badan dan keselesuan. Demam. Uveitis-inflamasi uvea.PENYIASATAN diagnostic adalah ini. Kehadiran antigen HLA-B27. X ray menunjukkan inflamasi, kekakuan, cantuman dan kecacatan tulang belakang. PENGENDALIAN KEJURURAWATAN adalah begini. Senaman tulang belakang untuk mengekalkan posture dan pergerakan sendi vertebra. Minum cecair lebih dari 3000 ml sehari untuk mengalakkan perfusi sendi vertebra.Suamkan tulang belakang bagi mengalakkan peredaran darah. Rujuk fisioterapi untuk meneruskan senaman bagi mengelak kecacatan. Beri ubat ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor iaitu Indomethiacin, Sulfasolazine atau Prednisolone.
SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS  ialah penyakit tisu perantara yang kronik, progresif dan inflamatori yang menyebahkan masalah kulit ( butterfly rash ), kegagalan fungsi organ-organ dan sistem-sistem yang major. Lupus bermaksud binatang wolf dan erythematosus bermaksud kemerahan. ETIOLOGI penyakit ini adalah genetik – Antibodi antinuclear ( ANA ) yang abnormal menggangu DNA dan menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada organ khususnya buah ginjal dan salur darah. Hormon – kehadiran estrogen, progesterone dan prostaglandin, serta hormon-hormon yang ada pada wanita yang subur. Pencemaran alam sekitar contoh pendedahan lama kepada matahari. Kesan sampingan ubat INH, Penicillin, Hydralazine dan Chlorpromazine. Kadang kadang idiopatik tetapi disebabkan oleh auto-imun. PATOFISIOLOGI  penyakit ini adalah begini. Serum protin yang abnormal dan ANA4Memberi kesan kepada DNA 4Imuniti yang abnormal4Merosakkan organ dan salur darah 4Tanpa rawatan, pesakit mati akibat kegagalan buah ginjal. MANIFESTASI KLINIKAL adalah kulit – menjadi ruam yang kering, bersisik dan timbul pada muka yang dikenali sebagai butterfly rash ataupun berbentuk bulat dan berlesi dikenali sebagai lesi discoid / coin. Renal – protinuria, hematuria, retensi cecair. Lain-lain iaitu otot menjadi atrofi, myositis dan myalgia. Paru-paru mempunyai efusi pleural, pleuritis, hemoraj pulmonary dan embolisma pulmonari. Jantung mengalami pericarditis, takikardia, kesakitan dada dan iskemia miokardial. Raynaud’s phenomenon di mana jejari menjadi merah, putih, biru dan sakit akibat vasospama arteriolar yang disebabkan oleh kesejukan kuat. CNS mengalami psikosis, stroke, paresis, sawan, migraine , kemurungan. Abdomen sakit disebabkan oleh inflamasi salur darah dan inflamasi organ organ dalam abdomen, pancreatitis, splenomegali. Mulut berulser. Sel sel darah menjadi keadaan anemia, trombositopenia, leukopenia dan limfopenia. Secara umum pesakit demam, anoreksik, hilang berat badan dan letih. PENYIASATAN  diagnostic adalah biopsi kulit – kehadiran sel sel lupus dan sel sel inflamatori. FBC menunjukkan kurang HB, kurang platelet, kurang sel darah putih tetapi ESR meningkat disebabkan inflamasi. Antibodi antinuclear positif. Urin menunjukkan kehadiran darah dan protin. X ray menunjukkan artrititis jejari. X ray serebral dan CT scan menunjukkan vaskulitis serebral.
.
INTERVENSI KEJURURAWATAN adalah berikut.
Gangguan integriti kulit dan membran mucus.
Mandi menggunakan sabun hipoalergik untuk mengelak menerukkan keadaan.
Keringkan kulit menggunakan tuala lembut supaya tidak mencederakan kulit.
Sapu losyen pelembap hipoalergik untuk mengelak kulit jadi kering.
Elak gunakan bedah dan sapuan wangi yang meniritasikan kulit
Pakai pakaian panjang untuk mengelak pendedahan matahari.
Berus gigi menggunakan berus lembut untuk elak kecerderaan.
Kumur selepas makanan dan minuman untuk mengelak iritasi membran mukus.
Makan makanan lembut dan tidak pedas untuk elak kecerderaan.
Sapu jel ubat pada ulser membran mucus bagi menyembuhkan luka.
Periksa jika kulit atau membran mucus menjadi teruk untuk mendapatkan rawatan.
.
Kesakitan kronik berkaitan dengan kekakuan dan kecacatan sendi.
Rehatkan pesakit pada posisi selesa untuk mengurangkan kesakitan.
Bantu dalam activity daily living untuk mengurangkan pergerakan.
Rujuk fisioterapi untuk mendapat senaman supaya dapat bergerak tanpa kesakitan.
Adakan terapi peralihan contoh baca buku supaya tidak terlalu berfokus kepada kesakitan.
Urutkan bahagian sakit untuk mengurangkan kesakitan.
Sapukan krim analgesia yang dapat melegakan kesakitan.
Ambil ubat analgesia seperti Ibuprofen yang mengurangkan kesakitan.
.
Gangguan imej kendiri berkaitan dengan ruam muka, kecacatan sendi dan kelesuan.
Gunakan bedak hipoalergik pada muka untuk menutupi ruam ruam.
Corakkan rambut supaya dapat menutupi bahagian muka yang bermasalah.
Gunakan aksesori pada rambut atau telinga untuk mengalihkan perhatian orang umum.
Rujuk kepada pakar kecantikan untuk mendapat tip-tip bagaimana menyembunyikan masalah muka.
Kurangkan penggunaan cermin supaya tidak selalu diingatkan tentang masalah.
Elak pendedahan matahari untuk mengurangkan iritasi kulit.
Rehat dengan secukupnya yang akan menyumbang kepada kesihatan kulit.
Pakai pakaian yang sesuai untuk menyembunyikan kecacatan badan.
Gunakan alat alat untuk membantu dalam melakukan kerja supaya kecacatan itu tidak terlalu kelihatan atau terasa.
Lakukan kerja mengikut kemampuan diri supaya tidak merasa terlalu susah untuk membuat kerja tersebut.
Minta tolong orang lain jika kerja adalah sukar.
Lakukan kerja amal supaya merasai dirinya dihargai.
Jumpa dengan kaunselor untuk meluahkan perasaan sedih dan mendapat semangat untuk terus hidup.
.
Kelesuan berkaitan dengan proses penyakit.
Rehat untuk mengembalikan tenaga.
Bantu pesakit melakukan ADL supaya tidak rasa terlalu letih.
Gunakan alat alat bantuan seperti tongkak untuk bergerak dan menyimpan tenaga.
Makan makanan tinggi kalori untuk member tenaga.
Makan makanan tambahan seperti minuman berkhasiat contoh Anlene untuk member tenaga.
Dekatkan barang-barang untuk dicapai supaya tidak menggunakan terlalu banyak tenaga.
Jauhi dari orang ramai supaya mendapat persekitaran yang sunyi dan tenang.
Lapurkan kepada doctor jika masih rasa lesu untuk mendapat rawatan seperti Vitamin multivitamin 1 tab OD.
.
Ubat-ubatan adalah berikut.
NSAIDs contoh aspirin dan ibuprofen.
Corticosteroid untuk mengurangkan inflamasi contoh Prednisolone.
Agen cytotoxic contoh Cyclophosphamide and Methotrexate.
Plasmapheresis iaitu mengeluarkan plasma untuk mengurangkan autoantibody dan kompleks imun.
Ubat antimalaria contoh Chloroquine untuk mengurangkan aktiviti penyakit.
OSTEOMALACIA adalah pelembutan tulang disebabkan oleh kekurangan vitamin D ( orang dewasa ) manakala definisi definisi rickets ialah tulang tidak menjadi keras dan akan menjadi cacat akibat kekurangan vitamin D ( kanak – kanak ). ETIOLOGI umum adalah kekurangan vitamin D yang diakibatkan oleh faktor pemakanan, kurang pendedahan kepada matahari, kesan sampingan terapi anticonvulsant dan penyakit renal iaitu proximal renal tubular phosphate wasting / complex renal tubular dysfunction. Fibrous tumors atau displasia / perkembangan abnormal tulang. Vitamin D tidak dapat diserap.PENYIASATAN adalah penilaian pertumbuhan – sukat ketinggian, berat badan. Serum phosphate – penurunan. X ray – mineralisasi yang tidak sama pada tulang. INTERVENSI PERAWATAN adalah untuk mengatasi gangguan mobiliti fisikal. Tidak komplian kepada ubat. Diarea berkaitan dengan kesan sampingan ubat phosphorous.RAWATAN adalah dengan penggantian phosphate, vitamin D dan calcitriol.
OSTEOPOROSIS adalah keadaan di mana tulang rapuh dan mudah patah akibat dari penurunan fosfat dan kalsium. Osteo bermaksud tulang. Porosis – berliang / berlubang seperti sponge. ETIOLOGI adalah kekurangan kalsium dan vitamin D dalam pemakanan – kebuluran, kemiskinan. Kehilangan kalsium dan fosfat disebabkan oleh umur dan penurunan estrogen dan progesteron – pos menopos. Inaktiviti – tidak ada rangsangan pertumbuhan. Penyakit kronik contoh gangguan fungsi endokrin contoh disfungsi hormon paratiroid menyebabkan hipokalsemia. Medikasi contoh steroid – prednisolone menghilangkan jisim tulang. Sejarah keluarga – kecenderungan kepada penyakit yang sama di kalangan orang putih dan orang Asia.Merokok – mengabaikan pemakanan. Pemakanan – kesan dari caffeine. MANIFESTASI KLINIKAL adalah fraktur khususnya pada distal radius, vertebral bodies, proximal humerus, pelvis dan proximal femur. Disebabkan oleh penuaan – kekakuan, kesakitan, kelemahan. PENYELIDIKAN adalah x ray – kehilangan 30 % hingga 60 % jisim tulang. Computed tomography ( C.T. ), dual photon absorptiometry, dual energy x-ray absorptiometry menunjukkan kehilangan kekuatan tulang. Paras serum bone GLA-protein meningkat yang menandakan kehadiran penyakit. Biopsi tulang – tulang yang nipis dan porous. INTERVENSI PERAWATAN dilakukan untuk mengatasi kesakitan kronik berkaitan dengan penyakit. RAWATAN adalah pengambilan kalsium 1 hingga 1.5 gm setiap hari. Pendedahan kepada cahaya matahari – vitamin D. Senaman jenis weight bearing untuk menguatkan tulang. Estrogen replacement therapy untuk mengganti estrogen. Ubat-ubatan seperti 25-hydroxyvitamin D, calcitonin, etidronate disodium, thiazide.